Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Wednesday, 16 May 2018

Wednesday, 25 April 2018

Mukadimah


Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Kuala Segan,
 Pemanis mulut selamat datang,
Assalamualaikum kami ucapkan.

Selamat pulang dari Kelian,
Kiriman sayang kami sampaikan, 
Selamat datang wahai kalian,
Ke laman ini kami ucapkan.

Masa berkasih berperi-peri,
Budi tak kira idaman hati,
Terima kasih saudara dan saudari,
Sudi menyinggah di laman kami.


 Semoga kalian yang sudi singgah di blog kami dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. 💓 


Terlebih dahulu, saya ingin menerangkan serba sedikit tujuan blog ini dibangunkan dan gerak kerja kumpulan kami.


Kami merupakan pelajar semester 4, Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan)Bahasa Melayu dengan Kepujian.  Oleh hal yang demikian, kami diwajibkan untuk mengikuti kursus BMP3093 Aplikasi Komputer dalam Bahasa Melayu. Bagi menyempurnakan kursus ini, kami diberi tugasan untuk merakam video dan membina sebuah blog. Maka dengan itu, wujudnya blog ini dan kami berharap segala yang kami kongsikan dapat menambah serba sedikit makluman kepada para pembaca.


Pada 27 Mac 2018, kami mengadakan perbincangan mengenai gerak kerja untuk merakam video. Terlebih dahulu, kami menyediakan skrip untuk memudahkan rakaman video. Skrip ditulis oleh Nor Syahkilla binti Yabidin selaku ketua kumpulan kami. Beliau bertindak mengagihkan skrip video kepada semua ahli dan apabila segalanya dipersetujui, kami berbincang tarikh dan masa untuk merakam video mengikut tajuk yang telah diberikan oleh Dr. Makmur.


Pada 6 April 2018 (pukul 3 petang), kami berkumpul di Aras 3 (Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI) sebelum memulakan rakaman. Terlebih dahulu, kami telah meminta kebenaran daripada pegawai perpustakaan yang bertugas untuk menjalankan rakaman. Rakaman berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah.


Kami menggunakan kamera Samsung (Lens 5mp ) untuk merakam dokumentari yang diarahkan. Kemudian, aplikasi Filmora digunakan untuk tujuan mengedit bagi memperkemaskan lagi video yang telah dirakam. Aplikasi Filmora amat mudah digunakan untuk individu yang baru berjinak dalam bidang pengeditan. Namun hal yang demikian, pendaftaran berbayar perlu dilakukan bagi membuang watermark Filmora. 

Begitulah sedikit sebanyak gerak kerja bagi kumpulan kami. ✌



*p/s Para pembaca dipersilakan untuk meninggalkan komen di ruangan komen (setiap posting) agar blog ini dapat ditambah baik. Segala maklum balas amat dihargai. Terima kasih

Tuesday, 24 April 2018

Mari berkenalan







Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. 😘 Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami. Semoga blog ini dapat memberi serba sedikit manfaat kepada para pengunjung. 💓


Sebelum meneroka lebih lanjut, mari berkenalan bersama kami. 😊



Pensyarah Kursus, Dr Makmur Haji Harun ✌



Ketua kumpulan, Nor Syahkilla binti Yabidin.
D20161073360


Nur Afida binti Mohd Ali
D20161073354

Chintela binti Tenggok
D20161073379

Lurah Masadi
D20161073390













Bahasa Melayu di perpustakaan (Papan Tanda)

Segala papan tanda di perpustakaan Tuanku Bainun UPSI ini menggunakan bahasa Melayu.

















Monday, 23 April 2018

Sejarah Perpustakaan Tunku Bainun, UPSI

Pada kali ini, sebelum kita memulakan perjelajahan dalam menjejaki bahasa Melayu di perpustakaakn di Tuanku Bainun, marilah kita bersama-sama mengetahui serba-sedikit mengenai sejarah Perpustakaan Tunaku Bainun. 



Pada  1 Januari 1998 secara rasminya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil alih Perpustakaan Za’ba dari Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Perpustakaan yang diwarisi daripada Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) ini mula dikenali dengan nama Bilek Bachaan.



Dua buah bilik di tingkat atas Bangunan Suluh Budiman iaitu Bilik Khir dan Bilik Dussek telah digunakan untuk tujuan tersebut. Selaras dengan penukaran nama SITC kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957 sebuah bangunan perpustakaan yang menempatkan sumber rujukan pelajar kemudiannya telah didirikan di sisi jalan menuju ke bangunan Dewan Makan di bahagian belakang bangunan Suluh Budiman. Ia dinamakan Khutub Khanah MPSI.


Selaras dengan pertambahan program dan pelajar, keperluan terhadap perkhidmatan perpustakaan semakin bertambah. Pada tahun 1985, Khutub Khanah MPSI berpindah ke dewan makan Sekolah Datuk Abdul Razak. Pada tahun 1987, institusi dinaiktaraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan bangunan dinamakan Perpustakaan IPSI. Pada tahun 1994, sempena Sambutan Tahun 75 SITC / MPSI / IPSI bangunan dinamkan Perpustakaan Za’ba.
Pada September 1996, Perpustakaan Za’ba dipindahkan semula ke Bangunan Suluh Budiman dan menggunakan seluruh tingkat 1.
Tuntasnya,  betapa pentingnya bahasa, walau apapun bahasa kita, Melayu, Mandarin, Tamil, ataupun Inggeris.

"Tanpa bahasa, tiada komunikasi dalam kehidupan."

Dokumentari pendek "Bahasa Melayu di PTB"

Tekan  https://youtu.be/fR5Cyaeefbk  untuk menonton dokumentari pendek kumpulan kami.  Sekian, terima kasih.