Pada kali ini,
sebelum kita memulakan perjelajahan dalam menjejaki bahasa Melayu di
perpustakaakn di Tuanku Bainun, marilah kita bersama-sama mengetahui
serba-sedikit mengenai sejarah Perpustakaan Tunaku Bainun.
Pada 1 Januari 1998 secara rasminya Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil alih Perpustakaan Za’ba dari Institut
Perguruan Sultan Idris (IPSI). Perpustakaan yang diwarisi daripada Sultan Idris
Training College for Malay Teachers (SITC) ini mula dikenali dengan nama Bilek
Bachaan.
Dua buah bilik di tingkat
atas Bangunan Suluh Budiman iaitu Bilik Khir dan Bilik Dussek telah digunakan
untuk tujuan tersebut. Selaras dengan penukaran nama SITC kepada Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1957 sebuah bangunan perpustakaan yang
menempatkan sumber rujukan pelajar kemudiannya telah didirikan di sisi jalan
menuju ke bangunan Dewan Makan di bahagian belakang bangunan Suluh Budiman. Ia
dinamakan Khutub Khanah MPSI.
Selaras dengan pertambahan program dan pelajar,
keperluan terhadap perkhidmatan perpustakaan semakin bertambah. Pada tahun
1985, Khutub Khanah MPSI berpindah ke dewan makan Sekolah Datuk Abdul Razak.
Pada tahun 1987, institusi dinaiktaraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris
(IPSI) dan bangunan dinamakan Perpustakaan IPSI. Pada tahun 1994, sempena
Sambutan Tahun 75 SITC / MPSI / IPSI bangunan dinamkan Perpustakaan Za’ba.
Pada September 1996, Perpustakaan Za’ba
dipindahkan semula ke Bangunan Suluh Budiman dan menggunakan seluruh tingkat 1.
Tuntasnya, betapa pentingnya bahasa, walau apapun bahasa kita, Melayu, Mandarin, Tamil, ataupun Inggeris.
"Tanpa
bahasa, tiada komunikasi dalam kehidupan."
No comments:
Post a Comment